Thursday, 9 October 2014

STRATERGI KESANTUNAN


Dalam percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang sesuai dengan situasi.
Tujuan: Menjaga air muka seseorang.
Bahasa atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari.


CONTOH

Anda ingin menggunakan satu daripada beberapa pen di atas meja guru anda. Apakah yang akan anda tuturkan?

A.Saya nak guna pen.
B.Boleh tak saya guna pen tu?
C.Minta maaf kerana mengganggu, boleh tak saya gunakan pen tersebut?

Pastinya anda akan memilih ungkapan yang sesuai dengan mempertimbangkan identiti orang yang bertutur dengan anda dan bagaimana anda boleh menjaga kehormatannya. Maka, strategi kesantunan diaplikasikan.

STRATEGI KESANTUNAN BROWN & LEVINSON

1. Membuat andaian bahawa setiap individu :
mempunyai air muka
menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
2. Air muka terbahagi kepada dua:
Air muka positif : keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
Air muka negatif : keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.

4 STRATEGI KESANTUNAN LISAN &PENULISAN BROWN & LEVINSON

1. Strategi Langsung
Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
Biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat, seperti teman / anggota keluarga.


CONTOH

 LISAN :

CONTOH 1: “Ambilkan benda tu.”

CONTOH 2: “Berikan satu pada saya.”
Penutur ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.
Biasanya digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.
CONTOH 3: “Siapkan kertas kerja hari ni.”

Sebab : Penutur memiliki kuasa yang lebih tinggi daripada pendengar. Penutur tidak mempedulikan apabila tidak mendapat kerjasama daripada pendengar.
Biasanya digunakan oleh penutur yang lebih berkuasa daripada pendengar.

PENULISAN :

“Get out,” she said to me. “I want to talk with Mother.”
 (“Keluar”, katanya padaku. “Aku ingin bercakap dengan Ibu.”)             

‘get out’ menunjukkan bahawa penutur tidak mengurangkan FTA.
Tuturan ini dapat mengancam muka negatif lawan tutur.

2. Strategi Kesantunan Negatif / Formal:
Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
Biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.


CONTOH

 LISAN :

CONTOH: “Bolehkah kamu bukakan pintu tu?”
Penutur menyatakan permintaan dengan orang yang tidak begitu rapat.

“Kamu tidak mau mencuci piring-piring itu?”

“ Anda ambilkan garam itu untuk saya, ya?”

“Saya rasa meja ni harus dicat.”

Penuturan sebegitu seolah-olah tidak memberi peluang kepada lawan tutur untuk menjawab “tidak” dan jelas menunjukkan bahawa penutur telah mengancam kebebasan lawan tutur untuk membuat keputusan.


PENULISAN :


“As a favor to me, do try to calm down”
(Demi aku, cubalah tenang dulu)                                                       

Penutur melakukan FTA dengan meminta kesediaan lawan tutur untuk bertenang.
Tetapi, penutur juga berusaha agar tidak memberikan ancaman terhadap air muka lawan tutur melalui penawaran yang dilakukan.

3. Strategi Kesantunan Positif / Keakraban :
Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
Biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab.


CONTOH

LISAN

CONTOH 1: “Buka pintu ye.”
Dengan bertutur sebegitu, seolah-olah penutur juga mengambil bahagian dalam penyelesaian pekerjaan “membuka pintu”
CONTOH 2: ”Padamkan tulisan tu, sayang.”
Menggunakan panggilan untuk menunjukkan keakraban


PENULISAN


“Just one moment, Doctor, if you please”
(Silakan tunggu sebentar, Doktor)                                                              

Penutur berusaha menciptakan interaksi yang baik antara penutur dan lawan tutur
Penggunaan ‘Doctor, if you please’ membuatkan lawan tutur lebih terlibat pada interaksi dan mengurangkan ancaman muka positif terhadap lawan tutur.

4. Strategi tidak Langsung
Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturannya.
Digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.


CONTOH

LISAN :

CONTOH : “Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau.”

Pertuturan sebegini terus terang menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air muka pendengar.

PENULISAN :

“Can’t you see this room is too hot?”
(Tak tahukah ruangan ini panas?)                                                     

Tuturan ini sebenarnya bermaksud “sila buka kipas”. Petunjuk dilakukan dengan menyebutkan sesuatu yang berkaitan dengan tindakan yang diminta.
Tujuan: Penutur ingin mengurangkan FTA


Strategi kesantunan lisan yang dipraktiskan oleh masyarakat Melayu dalam perbualan harian

1. Masyarakat Melayu menganggap amat menitikberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.

2. Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteriaksi secara lisan.

3. Justeru , orang Melayu menggunakan pelagai strategi semasa berinteraksi.

4. Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah :
Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.
Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.
Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.
Strategi penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.
Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.
Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.
Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.
Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.
Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.
Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira.
Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.
Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah , Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.
Strategi kesantunan penulisan yang terdapat dalam artikel


Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel:

1. Memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap tajuk, iaitu Budi Bahasa yang Semakin Terhakis.

2. Penulisan mematuhi hukum tatabahasa

3. Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan

4. Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan

5. Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan

6. Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan

7. Penulisan yang jelas dan mudah difahami



Strategi Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel:
1. Memperkenalkan tokoh-tokoh bahasa terkenal di Malaysia

2. Menyampaikan sifat-sifat kesantunan yang perlu ada

3. Penulisan mematuhi hukum tatabahasa

4. Penulis tidak bersifat agresif dalam melakukan kritikan

5. Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan

6. Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan

7. Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan

8. Penulisan yang jelas dan mudah difahami


9. Penulis ikhlas dalam menyampaikan idea sendiri.

No comments:

Post a Comment