•Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan
dan beradab
•Dikenali sebagai kesantunan berbahasa
•Kesantunan berbahasa bermaksud kesopanan dan kehalusan
ketika menggunakan bahasa, baik dalam bentuk lisan atau
tulisan.
•Dalam masyarakat Melayu kesantunan berbahasa sangat penting
kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan, dan tingkah laku penutur
dan masyarakat bahasa
tersebut.
•Contohnya, bertanya khabar terlebih dahulu apabila bertemu
sahabat lama atau memberi salam apabila bertemu dengan sahabat handai atau
orang yang lebih tua sebagai tanda
menghormati orang lain.
·
"Apa khabar?, lama kita tidak berjumpa.
·
"Assalamualaikum".
• Semasa kita berkomuniksi komponen2 bahasa seperti fonetik
dan fonologi, semantik, morfologi, dan sintaksis digunakan
• Fonetik dan fonologi berkaitan dengan penyebutan dan bunyi
bahasa
• Sintaksis ialah ayat-ayat yang digunakan secara betul
• Morfologi berkaitan dengan struktur, bentuk dan golongan
kata
• Semantik berkaitan dengan makna kata atau ayat
1.Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan
sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan
pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai
sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan
panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
4. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan
kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
5. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan
berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih,
bercemar duli dan sebagainya.
6. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam
keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada
kedudukan, pangkat,umur dan keakraban hubungan.
•Lihat contoh berikut:
-Pak cik- digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya
dengan ayah sendiri.
-Mak cik - digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira
sebaya dengan emak kendiri
-Tok -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
-Abang - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah
sendiri dan juga tidak sebaya .
-Kakak - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua
emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
-Adik - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
lebih muda daripada kendiri.
7. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada:
i.a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
-(Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak
Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
-(Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian
darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long,
Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkahwinan
• Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar.
- (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua).
-Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam
keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua.
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak
ngah ipar dan sebagainya.
8. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
-Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor,
Profesor dan Syed.
-Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih
tinggi
pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik
Ahmad.
-Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran
Doktor,
Profesor dan sebagainya.
-Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada
ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
- Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks
yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
- Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan
kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat
guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)
9. Gelaran Warisan
-Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak,
Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
-Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak),
Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah),
Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei
Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
-Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
seperti syed atau sayed bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah
pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam
gelaran jenis ini.
-Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar
Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku
dan Teungku (Aceh).
10. Gelaran Kurniaan
Tun, Toh Puan, Puan
Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Datuk Patingi, Datuk
Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor),
Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh
pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.
Kesantunan Non Verbal
Kesantunan non verbal ialah komunikasi bahasa tanpa
kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan.
-Bahasa tubuh merupakan proses pertukaran fikiran dan idea
di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah,
pandangan mata, sentuhan, dan gerakan tubuh.
-Lima fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp
ialah:-
i.Pengulangan (repeating) - mengulang kembali gagasan yang
sudah disampaikan secara verbal.
ii.Penggantian (substituting) - menggantikan verbal dengan
simbol
atau lambang.
iii. Kontradiksi (contrast/ regulating) - menolak sebuah
pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan non verbal.
iv. Pelengkap (complement) - melengkapi dan menyatukan
bahasa bukan verbal.
v. Penegasan (accenting / moderating) - menegaskan dan
mengukuhkan bahasa bukan verbal.
Aspek-Aspek Kesantunan Non Verbal
i. Gerakan Anggota Badan
•Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa
lisan mempunyai makna tertentu.
• Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam
komunikasi yang dihasilkan.
• Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat
yang difahami oleh semua orang seperti;
- Isyarat gerakan tangan
- Isyarat air muka
- Bahasa tubuh
ii. Gerakan Mata
•Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi
tanpa lisan.
•Contohnya:
Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak
berminat
ØMata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak
percaya
ØMata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta
ØTidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/
tidak tenteram perasaannya.
iii. Gerakan Tangan
• Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh
kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan.
• Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan
dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.
• Contohnya:
Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri
untuk menyampaikan maksudnya.
Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk
di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap
Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan
dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang.
Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap,
ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin
disampaikannya itu.
iv. Mimik Muka
• Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang
dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan.
• Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan
seseorang.
• Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk
bertindak balas terhadap seseorang.
•Contohnya:
Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita,
kita akan
mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat.
Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor
biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang.
Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar
seseorang dengan mengamati air mukanya.
Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan
komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/
positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.
No comments:
Post a Comment