Refleksi
( K.K)
Disediakan
oleh : Muhamad Arif Farhan Bin Mohamad Fauzi
Assalamualaikum dan salam
sejahtera.Besyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus esei berkenaan dengan isu kesantunan masyarakat
di Malaysia. Saya Muhamad Arif Farhan bin Mohamad Fauzi menulis refleksi ini dengan tujuan untuk
menceritakan beberapa pengalaman dan cabaran semasa menyiapkan tugasan kerja
ini.
Seterusnya,di ruang refleksi ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada individu yang terlibat untuk saya menyiapkan tugasan kerja ini
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pertama sekali,saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia,Encik Zulkafly Mohd Noor yang banyak
memberi tunjuk ajar untuk saya siapkan tugasan kerja esei ini dengan cemerlang.
Selain itu,saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang
juga memberi beberapa tunjuk ajar untuk keja kursus ini.
Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus
esei kesantunan masyarakat banyak pengalaman yang bermakna bagi saya perolehi
semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan tugasan
kerja kursus ini, sumber rujukan saya adalah daripada sumber media elektronik
seperti internet.Hal ini adalah kerana sumber rujukan ini adalah banyak yang
dihasilkan oleh penulis blog,laman web rasmi dan lain-lain. Bagi menjamin
ketepatan maklumat yang saya peroleh,saya memilih maklumat yang benar dan
sahih. Hal ini adalah menjamin sumber maklumat yang diperoleh adalah fakta dan
benar dan bukan hanya cakap kosong.
Dalam tugasan kerja kursus esei ini,saya memilih beberapa isu yang
relevan dengan masa sekarang yang boleh dibincangkan sebagai satu isu yang berlaku
pada masa sekarang. Isu yang saya pilih tugasan kerja kursus ini adalah isu jenayah siber yang berlaku di
Malaysia,isu media ( Televisyen ) di Malaysia,isu budi bahasa masyarakat di Malaysia,isu
buli yang berlaku di sekolah-sekolah Malaysia dan isu vandalisme di Malaysia.
Dalam menyiapkan tugasan
ini terdapat beberapa cabaran dan masalah yang timbul.Sebagai contoh,semasa
menyiapkan tugasan kerja ini adalah saya perlu berusaha keras mencari sumber
yang tepat dan fakta kerana isu yang dihuraikan ini adalah isu yang berkaitan
yang berlaku di Malaysia. Walaupun ia agak sukar,namun saya terus berusaha dan
hal ini adalah penting kerana terdapat beberapa blog yang hanya menulis untuk
bersahaja,melepaskan tekanan dan pelbagai lagi. Oleh hal sedemikian,saya perlu
bijak dalam memilih sumber rujukan yang terbaik untuk tugasan kerja ini.
Selain itu,cabaran yang
timbul adalah saya perlu memahami dan mendalami akan isu yang saya bincangkan
dalam tugasan kerja esei tersebut. Hal ini adalah kerana bukan mudah untuk
menjelaskan serta membincangkan isu-isu tersebut tanpa pengetahuan yang luas.
Di Malaysia,masyarakat sedia maklum akan masalah dan isu yang timbul dalam
masyarakat mereka sendiri. Namun begitu,sesetengah golongan masyarakat ini
kurang mengambil berat dan prihatin terhadap masyarakat mereka. Oleh sebab
masyarakat kurang faham dan ambil berat tentang masyarakat mereka sendiri.maka
satu anjakan paradigma perlu dilakukan untuk menukar situasi ini.Dengan
pemahaman yang baik,saya dapat menjelaskan isu tersebut dengan baik dan tepat
dengan isu-isu tersebut. Oleh itu,saya harus mengambil sikap berhati-hati dan
terperinci akan isu yang dibincangkan bagi mengelakkan daripada berlakunya
ketidakpuashati oleh masyarakat lain.
Melalui tugasan ini, saya bersyukur sebagai salah seorang pelajar
penuntut IPG Kampus Pulau Pinang kerana saya dapat mengutip input yang berguna kepada
diri saya supaya peka dengan masalah sosial yang menimpa negara kita. Dengan
harapan,segala pengetahuan yang terisi dalam kerja kursus ini akan saya
aplikasikan dalam mendidik anak didik saya pada masa hadapan kelak.
No comments:
Post a Comment