Di
dalam masyarakat Malaysia,berbudi bahasa merupakan adat dalam kehidupan seharian masyarakat., Sikap berbudi bahasa ini tidak mengenal batasan umur dan
kaum seseorang itu kerana berbudi bahasa merupakan amalan mulia dan nilai murni
yang harus dipratikkan oleh setiap individu.
Menurut ( Teuku Iskandar,1970 ) perkataan budi adalah berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Buddhi yang membawa maksud bijak,pekerti baik dan mulia. {erkataan ini membawa satu maksud yang merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik,mulia dan memberi kebaikan pada orang lain. Manakala,menurut Kamus Dewan ( 2005 ),perkataan budi bermaksud akal dan kebijaksanaan,atau perangai,akhlak,tingkah laku,bicara,sifat baik dan perbuatan baik. Pengertian ini merangkumi soal hati yang baik dan suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik. Menurut Kamus Dewan ( 2002 ),bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia,tingkah laku yang baik dan bersopan santun.
Seterusnya,Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ),budi bahasa membawa maksud kepada pekerti,adab,kelakuan baik,sopan dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
Namun
begitu,sikap ini pada masa sekarang kurang dipratikkan oleh masyarakat zaman
sekarang berbanding dengan masyarakat pada zaman sebelumnya. Nilai dan akhlak
berbudi bahasa kian dipinggirkan oleh segenap individu. Jika hendak
dibandingkan,sebagai contoh,pada zaman tahun 50-an,masyarakat sentiasa saling
menegur dan bertemu sapa seperti dengan jiran tetengga dan rakan-rakan yang
dikenali berbanding pada masa sekarang yang masyarakat terlalu sibuk dengan
rutin harian sehingga terlupa atau sengaja untuk bertegur sapa dengan jiran
sebelah untuk bertanya khabar atau perkara-perkara lain
.
Selain
itu, apabila zaman
berubah,semua perkara turut mengalami evolusi. Contohnya budi bahasa, adat dan
budaya semakin dipinggirkan dalam sebuah zaman serba pantas dan berteknologi
tinggi. Berkomunikasi di era
ini sudah tidak perlu berpandangan muka antara penutur dengan pendengar, cukup
sekadar bercakap melalui telefon, menulis melalui khidmat pesanan ringkas (SMS),
e-mel dan media sosial yang pelbagai. Bahasa yang digunakan pun adalah sangat
ringkas seperti seringkas kehidupan masa kini yang membolehkan masa dijimatkan
dan juga ruang kata.
Isu
lain yang melibatkan budi bahasa adalah penggunaan bahasa dan kata yang sangat
kasar dan kotor oleh semua pelbagai umur dan kaum. Penggunaan bahasa kurang sopan sudah
sangat berleluasa dan bercakap kotor dan mencarut seperti sudah tidak ada
malunya lagi Situasi ini tidak seharusnya digunakan kerana boleh mencemar
perserpsi dan pandangan masyarakat luar yang lain kerana orang Melayu
India,Cina dan bangsa lain terkenal
dengan kesantunan dalam berbahasa ketika bercakap.
Akhir
sekali,masyarakat perlulah sedar dan peka akan kepentingan kesantunan dalam
berbudi bahasa kerana ia akan menjadi ikutan pada zaman akan datang. Bak kata
pepatah “ Bahasa itu melambangkan bangsa “ .
No comments:
Post a Comment