Wednesday, 24 September 2014

Refleksi KK

              Selama sebulan berhempas pulas dengan tugasan ini, akhirnya saya telah berjaya menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya iaitu Encik Zulkafli Bin Muhd Noor. Saya, Muhamad Naim bin Anuar dari kumpulan PPISMP MU berasa bersyukur kerana dapat menyiapkannya dengan sempurna .
                  Melalui tugasan ini, saya telah perolehi banyak pengajaran. Antaranya, melalui proses pencarian maklumat, saya mendapati bahawa isu-isu ini sedang hangat diperkatakan di laman sesawang iaitu internet. Antaranya adalah melalui blogspot, Wikipedia dan lain-lain. Saya telah memperolehi banyak hasil daripada laman sesawang ini. Saya memperolehi definisi, faktor-faktor, kesan dan cara untuk atasi masalah isu sesawang tersebut.
                :Pada mulanya, sebelum saya memulakan tugasan ini,saya mempunyai masalah untuk memilih isu semasa yang berkaitan dengan kesantunan bahasa. Subjek ini mempunyai isi yang meluas seperti sikap nilai-nilai murni yang perlu dipupuk oleh individu, masyarakat dan lain-lain. Hal ini saya mempunyai banyak isu semasa untuk dipilih seperti susutnya sikap budi bahasa dalam kalangan remaja, pergaulan bebas, anak derhaka, gangterisme, ‘Mat Rempit’ dan lain-lain. Namun demikian, perkara yang paling mencabar saya adalah semua isu semasa yang saya perolehi telah dipilih oleh rakan-rakan saya. Perkara ini telah menguji saya untuk memilih tajuk yang berlainan.
                Oleh itu, saya cuba atasi masalah ini dengan merujuk ibu bapa dan rakan-rakan saya untuk memilih tajuk yang berlainan dan sesuai bagi saya. Selain itu, saya juga telah merujuk laman sesawang, media massa seperti iklan di televisyen, majalah, akhbar dan buku. Akhirnya, saya telah dapat memilih satu isu semasa yang bertajuk iaitu Penyalahgunaan Media.
                Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh banyak iktibar dan ia mampu membantu saya untuk terus maju dalam menjadi guru. Antaranya adalah saya tidak berputus asa dalam mencari maklumat walaupun ia telah menjadi pilihan ramai. Saya tetap mencari apa-apa isu semasa yang berkaitan dengan kesantunan bahasa walaupun ia memerlukan banyak masa untuk mencarinya. Oleh itu, saya haruslah teruskan perjuangan dan tidak berputus asa dalam mencari maklumat.
                Selain itu, saya dapat mengamalkan ilmu yang saya pelajari seperti saya menggunakan teknik statistik untuk menemu bual pelatih guru. Saya memilih wakil daripada keseluruhan pelatih guru yang terdapat dalam IPG Kampus Pulau Pinang ini dan menemu bual mereka dengan mudah. Hasilnya, saya dapat mengkaji dengan mudah.
Di samping itu, saya mampu berdikari dalam mencari maklumat dan tidak bergantung isi daripada pensyarah, seperti mana yang telah saya lakukan ketika di sekolah dahulu. Memandangkan guru tidak bergantung kepada orang lain, maka saya pun perlu berdikari dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.Tambahan pula, melalui tugasan ini, ia memberi banyak kefahaman kepada saya bagaimana cara untuk menjadi guru dan apa yang perlu kita lakukan ketika menjadi guru. Ia memberi peluang kepada saya untuk mengetahui cara bagaimana guru ingin mencari bahan kepada anak murid dan tidak membuat kerja secara membuta tuli.
                Konklusinya, tugasan ini memberi impak dan manfaat yang banyak kepada saya. Antaranya adalah saya perlu berdikari dalam mencari maklumat, tidak bergantung kepada orang lain, cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan mengamalkan dan menggunakan ilmu yang diperolehi supaya kerja itu dapat di atasi dengan mudah.                         

No comments:

Post a Comment