Tuesday, 30 September 2014

Konsep Budi Bahasa yang Diamalkan Dalam Masyarakat Malaysia


            Di dalam masyarakat Malaysia,berbudi bahasa merupakan adat dalam kehidupan seharian masyarakat., Sikap berbudi bahasa ini tidak mengenal batasan umur dan kaum seseorang itu kerana berbudi bahasa merupakan amalan mulia dan nilai murni yang harus dipratikkan oleh setiap individu.

                   Menurut ( Teuku Iskandar,1970 ) perkataan budi adalah berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu Buddhi yang membawa maksud bijak,pekerti baik dan mulia. {erkataan ini membawa satu maksud yang merujuk kepada tingkah laku manusia yang baik,mulia dan memberi kebaikan pada orang lain. Manakala,menurut Kamus Dewan ( 2005 ),perkataan budi bermaksud akal dan kebijaksanaan,atau perangai,akhlak,tingkah laku,bicara,sifat baik dan perbuatan baik. Pengertian ini merangkumi soal hati yang baik dan suci bagi memandu akal untuk membuat pertimbangan yang baik. Menurut Kamus Dewan ( 2002 ),bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia,tingkah laku yang baik dan bersopan santun.


                   Seterusnya,Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ),budi bahasa membawa maksud kepada pekerti,adab,kelakuan baik,sopan dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.

            Namun begitu,sikap ini pada masa sekarang kurang dipratikkan oleh masyarakat zaman sekarang berbanding dengan masyarakat pada zaman sebelumnya. Nilai dan akhlak berbudi bahasa kian dipinggirkan oleh segenap individu. Jika hendak dibandingkan,sebagai contoh,pada zaman tahun 50-an,masyarakat sentiasa saling menegur dan bertemu sapa seperti dengan jiran tetengga dan rakan-rakan yang dikenali berbanding pada masa sekarang yang masyarakat terlalu sibuk dengan rutin harian sehingga terlupa atau sengaja untuk bertegur sapa dengan jiran sebelah untuk bertanya khabar atau perkara-perkara lain

.
            Selain itu, apabila zaman berubah,semua perkara turut mengalami evolusi. Contohnya budi bahasa, adat dan budaya semakin dipinggirkan dalam sebuah zaman serba pantas dan berteknologi tinggi. Berkomunikasi di era ini sudah tidak perlu berpandangan muka antara penutur dengan pendengar, cukup sekadar bercakap melalui telefon, menulis melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan media sosial yang pelbagai. Bahasa yang digunakan pun adalah sangat ringkas seperti seringkas kehidupan masa kini yang membolehkan masa dijimatkan dan juga ruang kata.


            Isu lain yang melibatkan budi bahasa adalah penggunaan bahasa dan kata yang sangat kasar dan kotor oleh semua pelbagai umur dan kaum. Penggunaan bahasa kurang sopan sudah sangat berleluasa dan bercakap kotor dan mencarut seperti sudah tidak ada malunya lagi Situasi ini tidak seharusnya digunakan kerana boleh mencemar perserpsi dan pandangan masyarakat luar yang lain kerana orang Melayu India,Cina dan bangsa lain  terkenal dengan kesantunan dalam berbahasa ketika bercakap.



            Akhir sekali,masyarakat perlulah sedar dan peka akan kepentingan kesantunan dalam berbudi bahasa kerana ia akan menjadi ikutan pada zaman akan datang. Bak kata pepatah “ Bahasa itu melambangkan bangsa “ .

                                   

Wednesday, 24 September 2014

Refleksi KK

              Selama sebulan berhempas pulas dengan tugasan ini, akhirnya saya telah berjaya menyiapkannya dalam masa yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya iaitu Encik Zulkafli Bin Muhd Noor. Saya, Muhamad Naim bin Anuar dari kumpulan PPISMP MU berasa bersyukur kerana dapat menyiapkannya dengan sempurna .
                  Melalui tugasan ini, saya telah perolehi banyak pengajaran. Antaranya, melalui proses pencarian maklumat, saya mendapati bahawa isu-isu ini sedang hangat diperkatakan di laman sesawang iaitu internet. Antaranya adalah melalui blogspot, Wikipedia dan lain-lain. Saya telah memperolehi banyak hasil daripada laman sesawang ini. Saya memperolehi definisi, faktor-faktor, kesan dan cara untuk atasi masalah isu sesawang tersebut.
                :Pada mulanya, sebelum saya memulakan tugasan ini,saya mempunyai masalah untuk memilih isu semasa yang berkaitan dengan kesantunan bahasa. Subjek ini mempunyai isi yang meluas seperti sikap nilai-nilai murni yang perlu dipupuk oleh individu, masyarakat dan lain-lain. Hal ini saya mempunyai banyak isu semasa untuk dipilih seperti susutnya sikap budi bahasa dalam kalangan remaja, pergaulan bebas, anak derhaka, gangterisme, ‘Mat Rempit’ dan lain-lain. Namun demikian, perkara yang paling mencabar saya adalah semua isu semasa yang saya perolehi telah dipilih oleh rakan-rakan saya. Perkara ini telah menguji saya untuk memilih tajuk yang berlainan.
                Oleh itu, saya cuba atasi masalah ini dengan merujuk ibu bapa dan rakan-rakan saya untuk memilih tajuk yang berlainan dan sesuai bagi saya. Selain itu, saya juga telah merujuk laman sesawang, media massa seperti iklan di televisyen, majalah, akhbar dan buku. Akhirnya, saya telah dapat memilih satu isu semasa yang bertajuk iaitu Penyalahgunaan Media.
                Melalui tugasan ini, saya telah memperoleh banyak iktibar dan ia mampu membantu saya untuk terus maju dalam menjadi guru. Antaranya adalah saya tidak berputus asa dalam mencari maklumat walaupun ia telah menjadi pilihan ramai. Saya tetap mencari apa-apa isu semasa yang berkaitan dengan kesantunan bahasa walaupun ia memerlukan banyak masa untuk mencarinya. Oleh itu, saya haruslah teruskan perjuangan dan tidak berputus asa dalam mencari maklumat.
                Selain itu, saya dapat mengamalkan ilmu yang saya pelajari seperti saya menggunakan teknik statistik untuk menemu bual pelatih guru. Saya memilih wakil daripada keseluruhan pelatih guru yang terdapat dalam IPG Kampus Pulau Pinang ini dan menemu bual mereka dengan mudah. Hasilnya, saya dapat mengkaji dengan mudah.
Di samping itu, saya mampu berdikari dalam mencari maklumat dan tidak bergantung isi daripada pensyarah, seperti mana yang telah saya lakukan ketika di sekolah dahulu. Memandangkan guru tidak bergantung kepada orang lain, maka saya pun perlu berdikari dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.Tambahan pula, melalui tugasan ini, ia memberi banyak kefahaman kepada saya bagaimana cara untuk menjadi guru dan apa yang perlu kita lakukan ketika menjadi guru. Ia memberi peluang kepada saya untuk mengetahui cara bagaimana guru ingin mencari bahan kepada anak murid dan tidak membuat kerja secara membuta tuli.
                Konklusinya, tugasan ini memberi impak dan manfaat yang banyak kepada saya. Antaranya adalah saya perlu berdikari dalam mencari maklumat, tidak bergantung kepada orang lain, cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan tenang dan mengamalkan dan menggunakan ilmu yang diperolehi supaya kerja itu dapat di atasi dengan mudah.                         

Tuesday, 23 September 2014

Refleksi (KK)

Refleksi ( K.K)
Disediakan oleh : Muhamad Arif Farhan Bin Mohamad Fauzi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Besyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus esei berkenaan dengan isu kesantunan masyarakat di Malaysia. Saya Muhamad Arif Farhan bin Mohamad Fauzi  menulis refleksi ini dengan tujuan untuk menceritakan beberapa pengalaman dan cabaran semasa menyiapkan tugasan kerja ini.

Seterusnya,di ruang refleksi ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang terlibat untuk saya menyiapkan tugasan kerja ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pertama sekali,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia,Encik Zulkafly Mohd Noor yang banyak memberi tunjuk ajar untuk saya siapkan tugasan kerja esei ini dengan cemerlang. Selain itu,saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang juga memberi beberapa tunjuk ajar untuk keja kursus ini.

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus esei kesantunan masyarakat banyak pengalaman yang bermakna bagi saya perolehi semasa menjalankan tugasan kerja kursus ini. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, sumber rujukan saya adalah daripada sumber media elektronik seperti internet.Hal ini adalah kerana sumber rujukan ini adalah banyak yang dihasilkan oleh penulis blog,laman web rasmi dan lain-lain. Bagi menjamin ketepatan maklumat yang saya peroleh,saya memilih maklumat yang benar dan sahih. Hal ini adalah menjamin sumber maklumat yang diperoleh adalah fakta dan benar dan bukan hanya cakap kosong.

Dalam tugasan kerja kursus esei ini,saya memilih beberapa isu yang relevan dengan masa sekarang yang boleh dibincangkan sebagai satu isu yang berlaku pada masa sekarang. Isu yang saya pilih tugasan kerja kursus ini adalah isu jenayah siber yang berlaku di Malaysia,isu media ( Televisyen ) di Malaysia,isu budi bahasa masyarakat di Malaysia,isu buli yang berlaku di sekolah-sekolah Malaysia dan isu vandalisme di Malaysia.
Dalam menyiapkan tugasan ini terdapat beberapa cabaran dan masalah yang timbul.Sebagai contoh,semasa menyiapkan tugasan kerja ini adalah saya perlu berusaha keras mencari sumber yang tepat dan fakta kerana isu yang dihuraikan ini adalah isu yang berkaitan yang berlaku di Malaysia. Walaupun ia agak sukar,namun saya terus berusaha dan hal ini adalah penting kerana terdapat beberapa blog yang hanya menulis untuk bersahaja,melepaskan tekanan dan pelbagai lagi. Oleh hal sedemikian,saya perlu bijak dalam memilih sumber rujukan yang terbaik untuk tugasan kerja ini.

Selain itu,cabaran yang timbul adalah saya perlu memahami dan mendalami akan isu yang saya bincangkan dalam tugasan kerja esei tersebut. Hal ini adalah kerana bukan mudah untuk menjelaskan serta membincangkan isu-isu tersebut tanpa pengetahuan yang luas. Di Malaysia,masyarakat sedia maklum akan masalah dan isu yang timbul dalam masyarakat mereka sendiri. Namun begitu,sesetengah golongan masyarakat ini kurang mengambil berat dan prihatin terhadap masyarakat mereka. Oleh sebab masyarakat kurang faham dan ambil berat tentang masyarakat mereka sendiri.maka satu anjakan paradigma perlu dilakukan untuk menukar situasi ini.Dengan pemahaman yang baik,saya dapat menjelaskan isu tersebut dengan baik dan tepat dengan isu-isu tersebut. Oleh itu,saya harus mengambil sikap berhati-hati dan terperinci akan isu yang dibincangkan bagi mengelakkan daripada berlakunya ketidakpuashati oleh masyarakat lain.

Melalui tugasan ini, saya bersyukur sebagai salah seorang pelajar penuntut IPG Kampus Pulau Pinang kerana saya dapat mengutip input yang berguna kepada diri saya supaya peka dengan masalah sosial yang menimpa negara kita. Dengan harapan,segala pengetahuan yang terisi dalam kerja kursus ini akan saya aplikasikan dalam mendidik anak didik saya pada masa hadapan kelak.