Dalam
percakapan seseorang perlu bersikap santun dengan menggunakan kata-kata yang
sesuai dengan situasi.
Tujuan:
Menjaga air muka seseorang.
Bahasa
atau tindakan yang mengancam kehormatan orang lain haruslah dihindari.
CONTOH
Anda
ingin menggunakan satu daripada beberapa pen di atas meja guru anda. Apakah
yang akan anda tuturkan?
A.Saya
nak guna pen.
B.Boleh
tak saya guna pen tu?
C.Minta
maaf kerana mengganggu, boleh tak saya gunakan pen tersebut?
Pastinya
anda akan memilih ungkapan yang sesuai dengan mempertimbangkan identiti orang
yang bertutur dengan anda dan bagaimana anda boleh menjaga kehormatannya. Maka,
strategi kesantunan diaplikasikan.
STRATEGI
KESANTUNAN BROWN & LEVINSON
1.
Membuat andaian bahawa setiap individu :
mempunyai
air muka
menyedari
bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
2.
Air muka terbahagi kepada dua:
Air
muka positif : keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air
mukanya dihargai
Air
muka negatif : keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa
autonomi terhadap tindakannya.
4
STRATEGI KESANTUNAN LISAN &PENULISAN BROWN & LEVINSON
1.
Strategi Langsung
Melakukan
FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan
jelas.
Biasanya
dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan
rapat, seperti teman / anggota keluarga.
CONTOH
LISAN :
CONTOH
1: “Ambilkan benda tu.”
CONTOH
2: “Berikan satu pada saya.”
Penutur
ingin menyampaikan sesuatu dengan cepat dan efektif.
Biasanya
digunakan antara teman akrab atau anggota keluarga.
CONTOH
3: “Siapkan kertas kerja hari ni.”
Sebab
: Penutur memiliki kuasa yang lebih tinggi daripada pendengar. Penutur tidak
mempedulikan apabila tidak mendapat kerjasama daripada pendengar.
Biasanya
digunakan oleh penutur yang lebih berkuasa daripada pendengar.
PENULISAN
:
“Get
out,” she said to me. “I want to talk with Mother.”
(“Keluar”, katanya padaku. “Aku ingin bercakap
dengan Ibu.”)
‘get
out’ menunjukkan bahawa penutur tidak mengurangkan FTA.
Tuturan
ini dapat mengancam muka negatif lawan tutur.
2.
Strategi Kesantunan Negatif / Formal:
Penutur
menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan
tindakannya.
Biasa
berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara atasan dengan bawahan
dan antara orang muda dengan orang yang lebih tua.
CONTOH
LISAN :
CONTOH:
“Bolehkah kamu bukakan pintu tu?”
Penutur
menyatakan permintaan dengan orang yang tidak begitu rapat.
“Kamu
tidak mau mencuci piring-piring itu?”
“
Anda ambilkan garam itu untuk saya, ya?”
“Saya
rasa meja ni harus dicat.”
Penuturan
sebegitu seolah-olah tidak memberi peluang kepada lawan tutur untuk menjawab
“tidak” dan jelas menunjukkan bahawa penutur telah mengancam kebebasan lawan
tutur untuk membuat keputusan.
PENULISAN
:
“As
a favor to me, do try to calm down”
(Demi
aku, cubalah tenang dulu)
Penutur
melakukan FTA dengan meminta kesediaan lawan tutur untuk bertenang.
Tetapi,
penutur juga berusaha agar tidak memberikan ancaman terhadap air muka lawan
tutur melalui penawaran yang dilakukan.
3.
Strategi Kesantunan Positif / Keakraban :
Penutur
melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
Biasa
digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan
akrab.
CONTOH
LISAN
CONTOH
1: “Buka pintu ye.”
Dengan
bertutur sebegitu, seolah-olah penutur juga mengambil bahagian dalam
penyelesaian pekerjaan “membuka pintu”
CONTOH
2: ”Padamkan tulisan tu, sayang.”
Menggunakan
panggilan untuk menunjukkan keakraban
PENULISAN
“Just
one moment, Doctor, if you please”
(Silakan
tunggu sebentar, Doktor)
Penutur
berusaha menciptakan interaksi yang baik antara penutur dan lawan tutur
Penggunaan
‘Doctor, if you please’ membuatkan lawan tutur lebih terlibat pada interaksi
dan mengurangkan ancaman muka positif terhadap lawan tutur.
4.
Strategi tidak Langsung
Penutur
melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir
tuturannya.
Digunakan
terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
CONTOH
LISAN
:
CONTOH
: “Saya tidak suka sangat bercakap dengan kau.”
Pertuturan
sebegini terus terang menyampaikan pandangan penutur dan telah mengancam air
muka pendengar.
PENULISAN
:
“Can’t
you see this room is too hot?”
(Tak
tahukah ruangan ini panas?)
Tuturan
ini sebenarnya bermaksud “sila buka kipas”. Petunjuk dilakukan dengan
menyebutkan sesuatu yang berkaitan dengan tindakan yang diminta.
Tujuan:
Penutur ingin mengurangkan FTA
Strategi
kesantunan lisan yang dipraktiskan oleh masyarakat Melayu dalam perbualan
harian
1.
Masyarakat Melayu menganggap amat menitikberatkan perlakuan yang menjaga air
muka atau maruah pendengar.
2.
Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa
berinteriaksi secara lisan.
3.
Justeru , orang Melayu menggunakan pelagai strategi semasa berinteraksi.
4.
Antara strategi kesantunan yang digunakan ialah :
Strategi
ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.
Strategi
merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud penutur merendah
diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.
Strategi
maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.
Strategi
penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian
cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.
Strategi
memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan
dalam masyarakat untuk bersuara.
Strategi
penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana
sesuatu tindakan yang disenangi.
Strategi
berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang
yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.
Strategi
kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka
seseorang.
Strategi
berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk
membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.
Strategi
kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan
gembira.
Strategi
menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk
menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.
Strategi
ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah , Alhamdulillah , doa
untuk menunjukkan kekuasaan Allah.
Strategi
kesantunan penulisan yang terdapat dalam artikel
Strategi
Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel:
1.
Memperkenalkan tokoh-tokoh ternama yang menyampaikan pandangan mereka terhadap
tajuk, iaitu Budi Bahasa yang Semakin Terhakis.
2.
Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
3.
Kritikan disampaikan dengan sifat sederhana tetapi berkesan
4.
Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan
5.
Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan
6.
Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan
7.
Penulisan yang jelas dan mudah difahami
Strategi
Kesantunan Penulisan Yang Digunakan Dalam Artikel:
1.
Memperkenalkan tokoh-tokoh bahasa terkenal di Malaysia
2.
Menyampaikan sifat-sifat kesantunan yang perlu ada
3.
Penulisan mematuhi hukum tatabahasa
4.
Penulis tidak bersifat agresif dalam melakukan kritikan
5.
Tiada bahasa kasar atau bahasa pasar digunakan
6.
Penulisan secara formal dan sesuai dengan format penulisan
7.
Memberi nasihat dan cadangan kepada pembaca dan masyarakat secara bersopan
8.
Penulisan yang jelas dan mudah difahami
9.
Penulis ikhlas dalam menyampaikan idea sendiri.